Vince Group lantik bekas KPN sebagai penaung - Utusan Malaysia

Vince Group lantik bekas KPN sebagai penaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vince Group mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara (KPN) ke-11, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai penaung kumpulan itu.

Ini sekali gus menandakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh kepimpinan, tadbir urus korporat dan hala tuju jangka panjang syarikat berkenaan.

Pelantikan itu dijangka memberi nilai tambah kepada perkembangan organisasi menerusi pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam perkhidmatan awam, kepimpinan institusi serta pengurusan strategik sepanjang kerjayanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Vince Group yang ditubuhkan pada 2013 merupakan sebuah ekosistem hartanah bersepadu berteraskan Malaysia, merangkumi pelbagai segmen termasuk pemerolehan strategik hartanah, jualan, pembiayaan, pengubahsuaian, pengurusan hartanah dan pendidikan pelaburan.

Menurut Vince Group, menerusi pendekatan perniagaan bersepadu itu, kumpulan berkenaan berusaha memperluas peluang dalam sektor hartanah melalui kerjasama strategik dengan pemaju, pemerolehan hartanah secara pukal, peningkatan nilai aset serta penyelesaian pengurusan hartanah yang inovatif.

Selain itu, platform pendidikan pelaburan hartanah dan keupayaan teknologi dalaman turut menjadi antara komponen utama dalam menyokong perkembangan ekosistem perniagaan kumpulan berkenaan.

Pelantikan Mohamad Fuzi itu diraikan menerusi Majlis Town Hall dan Pelantikan Penaung Vince Group yang berlangsung pada 12 Oktober 2026.

Pada majlis berkenaan, Mohamad Fuzi turut mengiktiraf kepimpinan, visi serta semangat keusahawanan yang ditunjukkan pengasas dan peneraju Vince Group, Datuk Vincent Nee, selain memuji komitmen serta kesepaduan pasukan dalam membangunkan organisasi itu.

“Kejayaan sesebuah organisasi bukan sekadar diukur berdasarkan pertumbuhan perniagaan, sebaliknya perlu berlandaskan profesionalisme, integriti, akauntabiliti dan kepercayaan.

“Dengan pelantikan ini, saya komitmen untuk berkongsi pengalaman serta memberikan panduan bagi membantu menyokong pembangunan dan perkembangan berterusan Vince Group,” katanya.

Dengan pembangunan ekosistem hartanah yang semakin berkembang, Vince Group menyasarkan untuk terus memperluas kerjasama strategik, meningkatkan nilai dalam sektor hartanah dan mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang mampan pada masa hadapan.

Kumpulan itu turut menegaskan komitmennya untuk bergerak maju secara bersama dengan memberi penekanan kepada pembinaan perkongsian berkekalan serta penciptaan nilai mampan untuk jangka panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini