Kami alu-alu Azmin bertanding di Bukit Antarabangsa – PH

Kami alu-alu Azmin bertanding di Bukit Antarabangsa – PH

Mohd. Kamri mengalu-alukan Azmin Ali untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pada PRN Ogos ni.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) mengalu-alukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk  kembali bertanding di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

“Kami di Bukit Antarabangsa sentiasa mengalu-alukan Datuk Seri Azmin kembali bertanding di sini. Kami yakin jika dia bertanding pasti majoriti yang kami terima akan lebih besar berbanding dahulu,” kata Pengarah Pilihan Raya DUN Bukit Antarabangsa, Mohd. Kamri Kamaruddin semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis melancarkan Jentera Pilihan Raya dan Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa  berhampiran pusat beli-belah Ampang Point sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari.

Mohd. Kamri mengulas demikian mengenai khabar angin bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu akan kembali mencuba nasib bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pada PRN ini atas tiket Bersatu.

KERUSI PANAS

Kerusi DUN Bukit Antarabangsa dijangka panas berikutan penyandangnya Azmin Ali menyertai Bersatu pada Ogos 2020.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Kamri,  bagi PH soal calon bukanlah isu penting yang harus dijadikan perbalahan tetapi apa yang perlu diutamakan adalah calon tersebut diterima ramai serta mampu menyelesaikan isu-isu berkaitan rakyat.

“Pemimpin mempunyai tanggungjawab besar. Secara langsung memikul amanah dan tugas berat kepada rakyat yang dipimpinnya. Malah, seorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT terhadap kepemimpinannya,”

“Pemimpin yang benar-benar memimpin adalah yang mampu membawa perubahan bererti bagi sebuah bangsa, agama dan tanah airnya,” ujarnya.

Terdahulu, Amirudin berkata, perlancaran serentak jentera pilihan raya PH dan bilik gerakan gabungan itu  sekali gus membolehkan ahli-ahli parti mengatur gerak kerja menjelang hari pengundian.

Beliau juga percaya kerjasama PH dan BN pada PRN kali ini mampu melakar kejayaan terutamanya di negeri Selangor berdasarkan track record kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×