Geng rempit masuk perangkap di SPDH - Utusan Malaysia

Geng rempit masuk perangkap di SPDH

SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan dan diperiksa dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di Port Dickson yang bermula semalam dan berakhir awal pagi tadi-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan semalam menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Ia susulan laporan dan aduan berhubung lokasi berkenaan yang sering menjadi tumpuan geng ‘rempit’ dari dalam dan luar negeri ini untuk melakukan kegiatan lumba haram mereka.

Mendapat kerjasama daripada pihak PLUS Malaysia Bhd. (Plus) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), operasi berkenaan benar-benar memeranjatkan geng ‘rempit’ tersebut apabila ratusan mereka ‘masuk perangkap’ selepas mereka hilang arah setelah laluan keluar lebuh raya itu juga telah dikepung oleh pasukan polis.

Sekumpulan penunggang motosikal dari Johor turut antara yang ditahan dalam operasi yang bermula pukul bermula pukul 9 malam dan berakhir pukul 4 pagi tadi itu. 

Turut ditahan beberapa orang penunggang motosikal wanita yang difahamkan juga dalam kalangan kumpulan yang sama. Dalam pemeriksaan ke atas penunggang-penunggang motosikal yang ditahan dikenalpasti beberapa kesalahan dilakukan oleh mereka.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak mempunyai lesen memandu, tiada nombor pendaftaran kenderaan, pengubahsuaian terhadap motosikal dan tiada cermin sisi.

Baru-baru ini media melaporkan, SPDH merupakan antara 19 laluan dan lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan di seluruh negara yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa menjadi litar lumba haram dalam kalangan geng rempit.

SEBAHAGIAN penunggang motosikal yang ditahan dan diperiksa dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di Port Dickson yang bermula semalam dan berakhir awal pagi tadi-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai tujuh orang pegawai dan 104 orang anggota.

Katanya, selain di SPDH, operasi turut diadakan di beberapa lokasi lain seperti sekitar Jalan Seremban-Kuala Pilah, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jalan Kuala Klawang-Seremban, Jalan Sua Betong dan Jalan Lukut-Seremban.

“Dalam tempoh operasi dijalankan, sebanyak 266 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 11 notis dari JAS telah dikeluarkan ke atas penunggang motosikal yang ditahan.

“Hasil daripada operasi ini, sebanyak enam buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan telah berjaya melakukan tangkapan ke atas tiga lelaki di bawah Seksyen 42 (1) akta yang sama,” katanya.

Seksyen 42 (1) APJ 1987 adalah berkaitan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya