20 hektar ladang kelapa sawit di PD terbakar

20 hektar ladang kelapa sawit di PD terbakar

PASUKAN Bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Ladang Kampung Tanjung Agas, di sini sejak petang semalam. -GAMBAR / IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Ladang kelapa sawit seluas 20.23 hektar di Jalan Ladang Kampung Tanjung Agas, di sini terbakar sejak petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, pemadaman berjaya dilakukan sebanyak 70 peratus setakat hari kedua operasi hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.18 petang semalam.

“Kebakaran pada hari pertama melibatkan kawasan ladang sawit seluas kira-kira 6.9 hektar dengan api marak secara bertompok-tompok.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan teknik serangan terus (direct attack) dengan kawdah relay pumping sejauh 1,200 kaki menggunakan pam GP 10/10 daripada sumber air terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerja-kerjap pembinaan ‘fire break’ turut dilaksanakan menggunakan jentera pengorek bagi menghalang kebakaran merebak, melibatkan kawasan seluas 12.14 hektar serta pembinaan jajaran parit baharu.

Bagi hari kedua operasi pula, pemadaman dilakukan secara pecahan sektor melibatkan Sektor B dan C menggunakan teknik serangan terus serta kaedah ‘total flooding’ dengan sumber air terbuka dari parit sejauh 100 meter.

“Secara keseluruhan, kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 20 hektar dengan lebih 14.6 hektar berjaya dipadam, manakala baki enam hektar masih dalam proses pemadaman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×