Faktor calon tentukan peluang BN di Terengganu

Faktor calon tentukan peluang BN di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERENGGANU antara sasaran Barisan Nasional (BN) untuk dirampas semula daripada Pas dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut yakin Terengganu antara negeri pembangkang ba­kal ditawan.

Di atas kertas, BN dilihat sukar untuk merampas semula Terengganu daripada Pas jika bersandarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), namun dalam PRN ini, BN dijangka mampu melakukan kejutan luar biasa dengan memenangi pilihan raya itu walaupun berdepan laluan sukar.

Laungan ‘Gelombang Biru’ dalam kalangan ahli UMNO semakin bergema seluruh Terengganu dan mereka cukup bersemangat dan mahu bangkit semula selepas tersungkur pada PRU14.

Pada masa sama, kebanyakan rakyat di negeri ini terutama pengundi di atas pagar juga tidak rela lagi menyerahkan negeri ini kepada Pas untuk memerintah negeri itu.

Rakyat Terengganu sememangnya tidak mahu menjadi negeri itu sebagai negeri ‘Kelantan Kedua’ sekiranya masih memberi peluang kepada Pas kekal memerintah.

Pada masa sama, sikap pengundi di Terengganu agak unik dan sukar diramal (swing votters) parti yang bakal dipangkah di atas kertas undi pada mengundi nanti kerana kuasa di tangan mereka untuk mengubah kerajaan negeri pada PRN ini.

Berdasarkan rekod pilihan raya di negeri ini sebelum ini, Pas hanya menang sepenggal sahaja pada tahun 1959 hingga 1961 dan 40 tahun selepas itu, Pas menang semula pada 1999 hingga 2004, kemudian Pas kalah lagi dan menang semula dalam 2018 sehingga sekarang.

Pada PRN ini, atas kuasa yang dimiliki rakyat, Pas sekali lagi boleh tumbang dan mampu bertahan sepenggal sahaja seperti rekod pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini.

Keadaan itu boleh menjadi kenyataan selepas kebanyakan rakyat di negeri ini dikatakan mula kecewa terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memerintah kerajaan negeri ini sejak lima tahun lalu.

Dalam tempoh lima tahun ini, pemimpin Pas sering memberi pelbagai alasan termasuk menyalahkan pemimpin BN yang memerintah kerajaan kerajaan negeri terdahulu untuk menutup kegagalan tersebut.

Pada masa sama, kebanyakan pengundi di Terengganu juga dikatakan tidak sabar lagi keluar mengundi untuk mengubah kerajaan Pas sekarang.

Ahli UMNO dan komponen BN lain akan mengundi parti itu sekiranya menampilkan calon-calon yang berwibawa dan menjadi pilihan rakyat, selain tarikan manifesto yang ditawarkan kepada pengundi pada PRN ini.

Antara punca kekalahan BN di Terengganu pada PRU14 dan PRU15 kerana memilih calon yang tidak menjadi pilihan rakyat, sebaliknya mengutamakan pilihan pemimpin tertinggi BN sahaja.

Pada PRN ini, BN akan tewas sekali lagi sekiranya calon yang menjadi pilihan rakyat tidak dipilih sebaliknya sekadar memenuhi kehendak pemimpin BN tertentu.

Pada PRU14, Pas memenangi 22 kerusi DUN manakala BN pula sekadar menang 10 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×