Singapura mohon maaf bagi tindakan Jocelyn Chia

Singapura mohon maaf ekoran tindakan Jocelyn Chia menghina Malaysia

Jocelyn Chia
Jocelyn Chia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Singapura memohon maaf kepada Malaysia berikutan tindakan pelawak dari republik itu, Jocelyn Chia menggunakan isu sensitif membabitkan negara di dalam persembahan komedinya.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan tindakan pelawak kelahiran negara tersebut sehingga menyinggung seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura sekali gus tindakan pelawak tersebut tidak mencerminkan pandangan negara itu terhadap Malaysia.

“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh menyebabkan kemudaratan mahupun mengguris perasaan orang lain.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan dikeluarkan beliau yang sudah mengguris perasaan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Jocelyn melalui sebuah rakaman video berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdirinya yang dipercayai berlaku di Mahattan, New York baru-baru ini.

Melalui klip video bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’, Chia membandingkan Malaysia hanya menjadi negara membangun sedangkan negaranya lebih kehadapan selepas 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Antara perkara yang menjadi bahan lawak kepada Chia adalah mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370.

Semakan Utusan Malaysia mendapati video tersebut sudah dipadam di akaun TikTok @comedycellarusa selepas meraih pelbagai kecaman terutama daripada rakyat Malaysia yang merasakan lawak dilakukan Jocelyn keterlaluan.

Malah, akaun Instagram milik pelawak tersebut juga hilang yang dipercayai disebabkan ‘diserang’ rakyat Malaysia.

Sementara itu, Vanu Gopala berkata, Singapura sebagai jiran terdekat kepada Malaysia menikmati hubungan yang kuat antara dua negara daripada pelbagai aspek dan hubungan mendalam serta bersilang.

“Kami juga mempunyai sejarah yang unik dan hubungan erat antara rakyat ke rakyat. Komen-komen seperti dibuat oleh Chia tidak membantu serta menjejaskan kepercayaan dan persahabatan yang dinikmati oleh kedua-dua negara serta rakyatnya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya