Sang Badak lanyak Kijang Hijau

Sang Badak lanyak Kijang Hijau

SADDIL Ramdani (kiri) bersama rakan-rakan sepasukan meraihkan jaringan pertama Sabah FC pada aksi Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Skuad Sang Badak meneruskan pemburuan di lima kelompok terbaik Liga Super apabila mudah menewaskan Kelantan United 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Tuan rumah yang dibimbing ketua jurulatih baharu, Ailton Silva terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi melalui jarak jauh Jose Porteria pada minit ke-15 namun sempat ditepis keluar oleh penjaga gawang Sang Badak Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan serangan awal tuan rumah, Sang Badak bangkit menerusi serangan bertali-arus dan berjaya meledak jaringan pembukaan perlawanan pada ke-22 menerusi pemain import dari Indonesia Saddil Ramdani.

Selepas itu, Sang Badak terus bernafsu apabila Stuart Wilkin menjaringkan gol kedua buat pasukannya pada minit-minit akhir babak pertama selepas mudah memperdayakan penjaga gawang Kelantan United, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

 

Aksi babak kedua, Skuad Kijang Hijau cuba bangkit untuk merapatkan jurang jaringan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Sabah sebaliknya terus menambah derita Kelantan United pada minit ke-62 menerusi rembatan deras ketua pasukan Baddrol Baktiar untuk menewaskan Muhamad Ilham Amirullah.

Corak pemainan ‘high pressing’ yang diamalkan Sang Badak bagai melemaskan kem tuan rumah sehingga setiap serangan yang diatur dapat dibaca dan dipatahkan dengan mudah sebelum sempat sampai ke kawasan berbahaya.

Kelantan United enggan berputus asa dan terus mempamerkan semangat juang tinggi, namun terus buntu untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol sehingga ke wisel penamat perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan United terus kekal di tangga kedua tercorot manakala Sabah FC berada di kedudukan kelima carta Liga Super.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya