PPM rampas rokok seludup RM1.57 juta

PPM rampas rokok seludup RM1.57 juta

SEBAHAGIAN rokok yang dirampas oleh PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor semasa melakukan serbuan di sebuah jeti nelayan di Tumpat, Kelantan pada Ahad lalu-UTUSAN/IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas rokok seludup RM 1.57 juta dalam serbuan di sebuah jeti nelayan di sini, Ahad lalu.

Rampasan itu dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Unit Risikan PPM serta pasukan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat yang sedang menjalankan Op Kontraban.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dilakukan suspek telah bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pasukan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas sebuah lori yang ditinggalkan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan rokok putih disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

“Kesemua barangan rampasan di bawa balik ke IPD Tumpat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.