Wanita tetak suami guna pisau pemotong daging direman enam hari

Wanita tetak suami guna pisau pemotong daging direman enam hari

TERDUDUH (dua dari kanan) diringi polis semasa hadir untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita ditahan reman selama enam hari selepas dipercayai menetak lengan kanan suaminya pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa di sini petang kelmarin.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 4 Jun depan terhadap wanita berusia 30 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kes mendatangkan cedera parah dengan senjata.

Menurutnya, berdasarkan keterangan bapa mangsa, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa di sini kira-kira 3 petang semalam.

“Ujian saringan air kencing mendapatu, suspek negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya