Wanita didakwa amang seksual anak

Wanita didakwa amang seksual anak

WANITA yang dtuduh melakukan amang seksual ke atas dua anak lelakinya dibawa ke Mahkamah Sesyen, Klang, Selangor, semalam. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dengan dua anak lelakinya dan merakamkan vi­deo pornografi tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Dia yang mempunyai hubu­ngan amanah sebagai ibu didakwa melakukan perbuatan itu ke atas dua anak lelaki berusia 14 dan 12 tahun dalam sebuah rumah di Puncak Alam, Kuala Selangor, kira-kira pukul 8 malam, sekitar November tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) dan (b) Akta Ke­salahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Ibu kepada lima anak itu turut didakwa mengarahkan pembuatan satu pornografi dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh antara 17 dan 18 Februari tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Mohamad dan Nor Ayuni Jamri tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh kerana kesalahan itu melibatkan kanak-kanak dan amat serius.

“Perbuatan itu melibatkan ibu dengan anaknya sendiri yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)” katanya.

Syafeera kemudian memutuskan tertuduh tidak boleh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Jun ini.

Dalam pada itu, seorang lelaki turut didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan tertuduh berusia 15 tahun di hotel sama, Februari tahun lalu.

Penarik kereta berusia 22 tahun yang juga adalah kenalan ibu mangsa bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN