Tiga maut, seorang parah dalam kemalangan, Mercedes turut terbakar - Utusan Malaysia

Tiga maut, seorang parah dalam kemalangan, Mercedes turut terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Mercedes-Benz yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Sienta di Kilometer 172.2, Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tiga maut, manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172.2, Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mazuki Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu pada pukul 6.24 petang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu Mercedes-Benz dan Toyota Sienta.

“Mereka yang maut akibat rentung dan terperangkap dalam kenderaan ialah Hoo Kok Yong, 35, Wong Chee Choy, 62, sementara Lee Lam Chai, 67 cedera parah kesemuanya berada dalam kenderaan Mercedes Benz yang terbakar 70 peratus.

“Turut meninggal dunia ialah Chong Jui Chat, 67, yang memandu kereta Toyota Sienta yang terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter,”katanya ketika dihubungi, di sini.

Mazuki berkata, sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Segamat, manakala mayat tiga mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya