KOTA TINGGI: Tiga individu termasuk seorang wanita maut dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di hadapan sebuah kedai makan di Kota Jaya di sini, tengah hari tadi.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu belum dikenal pasti.
Seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan berjaya ditahan polis ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, pihak polis turut merampas sepucuk pistol yang dipercayai telah digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan. Polis akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN










