Lebih 1,000 bikers motosikal berkuasa tinggi meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Daz - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 bikers motosikal berkuasa tinggi meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Daz

ZUHAIRI Ab. Kadir (tengah, baju Melayu merah) bersama sebahagian bikers motosikal berkuasa tinggi yang memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Daz di Camp Nemo Balok di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers mencipta kelainan apabila lebih 1,000 penunggang motosikal atau bikers berkuasa tinggi berkumpul memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Daz di Camp Nemo Balok di sini semalam.

Penaung Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, kelab itu mencipta kelainan pada sambutan kali ini apabila ia diadakan di lokasi terbuka dan lebih besar berbanding secara tradisi di kediamannya.

“Kali ini Keluarga Daz mencipta kelainan dan mengadakan sambutan Aidilfitri lebih meriah bagi meraikan bikers motosikal berkuasa tinggi yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air bagi meraikan penutup Syawal.

“Terima kasih kepada semua bikers yang datang dari jauh bagi memeriahkan majlis kali ini. Insya-Allah kita bercadang meneruskannya pada masa akan datang sebagai acara tahunan bagi mengumpulkan bikers motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara dan mengeratkan silaturahim,” katanya di sini semalam.

LEBIH 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Keluarga Daz di Camp Nemo Balok di Kuantan, Pahang.

Zuhairi berkata, dalam penganjuran julung kali secara besar-besaran kali ini, kelab itu menerima pelbagai maklum balas dan cadangan untuk dilaksanakan akan datang.

“Jadi, saya bercadang pada majlis akan datang, kita akan menjemput agensi serta pihak-pihak yang terlibat dengan sukan permotoran.

“Kita akan menjemput syarikat permotoran seperti Harley Davidson, BMW, Kawasaki dan lain-lain untuk buat pameran jualan bagi memeriahkan lagi majlis,” katanya.

Beliau berkata, kelab itu mahu penganjuran akan datang mempunyai pengisiaan yang begitu bermakna terutama kepada bikers yang datang dari seluruh negara.

“Insya-Allah, kita akan meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menjemput anak-anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU) untuk diraikan dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Keluarga Daz,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya