CSR: Kerjasama NGO, organisasi komuniti mampu beri manfaat kepada masyarakat - Utusan Malaysia

CSR: Kerjasama NGO, organisasi komuniti mampu beri manfaat kepada masyarakat

ZUHAIRI Ab Kadir (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Daz Bikers kepada mudir Sekolah Tahfiz Pondok Riadussolihin sambil disaksikan Abdul Halim Suleiman (tiga dari kiri) di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan sekadar slogan, malah terbukti mampu memberi manfaat besar apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab motosikal dan organisasi komuniti berganding bahu membantu golongan memerlukan.

Buktinya, lebih 70 peserta bersama 55 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Johor dan Dragon Bikers menjayakan program CSR di Sekolah Tahfiz Pondok Riadussolihin di sini, semalam.

Ketibaan konvoi diketuai Presiden SAM Malaysia, Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga ketua program CSR tersebut disambut oleh Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam program itu, sumbangan ikhlas berupa wang tunai berjumlah RM17,152, satu set sistem siaraya (PA), 10 unit lampu solar dan hampir 300 kitab pelbagai tajuk diserahkan kepada mudir pusat tahfiz Pondok Riadussolihin.

Majlis turut diserikan dengan jamuan minum petang oleh Warung Poksu Moksu Celup Tepung manakala makan malam di Warung Nipah IM7.

LEBIH 70 peserta bersama 55 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Johor dan Dragon Bikers menjayakan program CSR di Sekolah Tahfiz Pondok Riadussolihin di Kuantan, Pahang.

Dalam ucapannya, Zuhairi berkata, usaha sebegini perlu diperluaskan oleh lebih banyak NGO dan kelab motosikal di seluruh negara.

“Saya amat mengalu-alukan penganjuran program CSR seperti ini. Masih banyak pusat tahfiz, rumah anak yatim dan institusi kebajikan di Pahang yang memerlukan bantuan bukan sahaja daripada segi kewangan, malah barangan keperluan asas. Kehadiran NGO dan kelab motosikal membawa mesej bahawa komuniti prihatin sentiasa ada untuk membantu,” katanya.

Beliau menambah, semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh peserta konvoi bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah menjadi teladan bahawa aktiviti permotoran boleh digandingkan dengan kerja kebajikan.

“Program ini membuktikan bahawa gabungan kelab motosikal bukan sekadar menjelajah jalan raya, tetapi mampu menjadi pemangkin kebajikan dan menyemarakkan budaya prihatin dalam masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN