World#QuranHour panduan masyarakat hidup berakhlak - Utusan Malaysia

World#QuranHour panduan masyarakat hidup berakhlak

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemilihan surah Al-Insan bagi program World #QuranHour berlangsung esok boleh menjadi panduan dan iktibar kepada masyarakat sekali gus mengangkat martabat al-Quran agar dijadikan amalan bukan sekadar baca dan faham malah turut diamalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, banyak pengajaran kepada umat manusia untuk bersifat insaniah terutama dalam menghadapi isu-isu perpaduan, penghinaan agama, toleransi kaum dan ketandusan akhlak.

“Pemilihan surah Al-Insan mengangkat martabat dan mengajak kita memahami maksud dalam surah, seterusnya mengamalkannya. Ini sangat penting kerana dengan insiden yang berlaku apabila kita bertadabur surah ini, diharap penghayatan dan amalannya akan menjadikan kita manusia sebenar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Surah ini memperlihatkan bagaimana Allah SWT meng­angkat karamah manusia berdasarkan akhlak, dan saya mengharapkan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini diangkat sifat insaniah mereka seterusnya memahami tanggungjawab sebagai manusia dan melaksanakannya,” kata beliau sempena World #Quran­Hour 2023 di sini semalam.

Mohd Na’im berkata, setiap ujian yang menimpa seseorang akan memberi dua pengajaran sama ada nikmat syukur atau kufur.

Bertepatan dengan bulan Ramadan, kata beliau, peringatan melalui penganjuran World #QuranHour mampu melahirkan masyarakat insan terdidik dengan akhlak al-Quran, sepertimana Rasullullah SAW.

World #QuranHour dengan tema ‘Memanusiakan Manusia’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM) serta Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Program World #QuranHour akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak esok.

Mereka yang berminat untuk menyertai World #QuranHour boleh mendaftar di www.face­book.com/WorldQuranHour, www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial, www.instagram.com/_quranhour. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×