PM ucap Hari Songkran buat etnik Siam  - Utusan Malaysia

PM ucap Hari Songkran buat etnik Siam 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat keturunan Siam untuk sama-sama membawa Malaysia menuju ke sebuah negara bangsa maju dan sejahtera.

Perdana Menteri berkata, kunci kepada perpaduan kaum yang dikecapi selama ini adalah saling menghormati, yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia Madani. 

Menurut  beliau, kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus ke dalam kancah konflik perkauman sempit serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belah masyarakat. 

“Bersempena dengan sambutan Hari Songkran ini, saya menyeru kepada seluruh masyarakat keturunan Siam, marilah bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk kita bersatu hati serta berkongsi tujuan dan tekad, mengekalkan perpaduan dan kerjasama bagi membangunkan negara. 

“Dengan itu, kita akan sama-sama membawa Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

“Selamat menyambut Perayaan Songkran kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya