PETALING JAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 3.15. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkembangan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.02 peratus berbanding 2021. Katanya, gred purata sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pula adalah 2.91 berbanding tahun 2021 iaitu 2.92 iaitu peningkatan sebanyak 0.01. “Pencapaian peperiksaan STAM bagi sekolah Kementerian Pendidikan menunjukkan kualiti lebih baik. Malah kami…










