Malaysia raih komitmen RM170b pelaburan China

Malaysia raih komitmen RM170b pelaburan China

Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet Malaysia dan pemimpin perniagaan China yang menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-China di Beijing, semalam. – Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia me­raih komitmen pelaburan RM170 bilion daripada pelabur Chi­na yang paling tinggi dalam sejarah.

Jumlah itu adalah daripada 19 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat perniagaan dari China dan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen itu menunjukkan pelabur daripada negara berkenaan yakin terhadap Malaysia.

“Kita telah mencapai komit­men pelaburan RM170 bilion dari China. Saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberikan kerjasama dan keyakinan terhadap kita.

“Ini adalah acara bersejarah. Ia baik untuk Malaysia dan masa depan,” katanya mengumumkan perkara itu pada Forum Perniagaan Malaysia-China 2023, di Beijing, semalam.

Terdahulu dalam ucap­­­ta­manya, Perdana Menteri ber­kata, pelabur dan pemimpin perniagaan China perlu memanfaatkan hubungan dua hala yang kukuh dan merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan untuk melabur di negara ini.

“Saya memberi jaminan di bawah pengawasan saya, kami akan memastikan kemudahan menjalankan perniagaan dan melaksanakan pelaburan di Malaysia pada tahap optimum,” ujar beliau.

Anwar berkata, perniagaan China perlu membina lebih ba­nyak kerjasama dengan syarikat Malaysia terutama dalam sektor strategik untuk memacu hubungan yang lebih baik.

Sebagai rekod, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 14 tahun de­ngan nilai dagangan RM488 bilion bagi tahun 2022 dan me­rupakan pelabur langsung asing terbesar di negara ini de­ngan pelaburan RM55.6 bilion pada tahun yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN