Lebih 2.97 juta pengguna muat turun MyJPJ

Lebih 2.97 juta pengguna muat turun MyJPJ

ZAILANI  Hashim (dua dari kiri) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji, Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 2.97 juta pengguna telah memuat turun aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ setakat ini sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh JPJ untuk menyemak secara serentak salinan lesen memandu dan cukai jalan digital setakat ini berjalan dengan lancar.

Menurutnya, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device’ (SMED) untuk mengesan maklumat lengkap pemandu.

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ  bagi memudahkan urusan,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji semalam.

Dalam pada itu, Zailani berkata, JPJ membekukan cuti anggotanya untuk menjalankan tugas pemantauan sempena Aidilfitri.

Katanya, penguatkuasaan bagi Ops Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.

“Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.

“Jadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.