Dua warga Thailand cuba seludup diesel ditahan

Dua warga Thailand cuba seludup diesel ditahan

ANGGOTA penguat kuasa KPDN memeriksa tangki tambahan pada sebuah trak pikap untuk menyeludup diesel-UTUSAN/IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua lelaki warga Thailand tidak sempat menyeludup sebanyak 307 liter diesel bernilai RM661 apabila mereka dicekup selepas mengisi minyak di dua buah stesen minyak di Rantau Panjang dan Machang dekat sini semalam.

Serbuan dilakukan dalam operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Batalion 8, Pasukan Gerakan Am (PGA) di dua lokasi tersebut.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan pertama dijalankan hasil risikan KPDN yang mengesan beberapa buah trak pikap dari Rantau Panjang menuju ke stesen minyak dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemerhatian kira-kira pukul 8.40 pagi di stesen minyak Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang itu kemudiannya menemui sebanyak 107 liter diesel yang diisi dalam botol dan tong di dalam trak pikap tersebut.

“Selepas itu, anggota penguat kuasa KPDN dan PGA menahan sebuah lagi trak pikap di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Machang kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Pemeriksaan mendapati, sebanyak 200 liter diesel telah diisi di dalam tangki asal dan tangki tambahan pada kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu menaiki trak pikap yang menggunakan nombor pendaftaran asing.

Katanya, KPDN dan PGA turut menyiasat pemilik stesen minyak yang membenarkan kedua-dua warga asing itu mengisi minyak di premis mereka dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya