Peruntukan PCG mata pelajaran tidak berkurang

Peruntukan PCG mata pelajaran tidak berkurang

PKHARUDDIN Ghazali bercakap pada sidang akhbar selepas majlis amanat sempena Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2023/2024 di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peruntukan Bantu­an Geran Per Kapita (PCG) Ma­ta Pelajaran di sekolah tidak di­ku­rangkan sebaliknya dibuat ber­­dasarkan angka pelajar se­ti­ap 1 Oktober pada satu-satu tahun.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, unjuran PCG 2023/2024, dibuat berpandukan jumlah pe­lajar pada 1 Oktober 2022.

Katanya, dakwaan wujud pengurangan peruntukan PCG untuk sesi tahun ini disebabkan kekeliruan yang timbul.

“Perkara seumpamanya turut berlaku melibatkan peruntukan bajet keseluruhan bagi kementerian yang mana sudah menjadi amalan setiap tahun peruntukan di awal tahun diturunkan sebanyak 70 peratus.

“Jumlah 70 peratus ini sudah pasti nampak kurang daripada jumlah setahun daripada tahun lepas, sedangkan apa yang sepatutnya dikira ialah jumlah 70 peratus berbanding tahun lepas dan berapa emolumen yang ada di sekolah berkenaan.

“Mungkin ada sekolah pada tarikh 1 Oktober bila­ngan pelajar kurang berbanding tahun semasa. Jadi ada nampak pe­ngurangan itu.

“Semuanya akan dapat 100 peratus dengan bilangan pelajar yang ada pada tahun semasa selepas kita buat kiraan penjajaran penyelarasan. Oleh itu tidak ada isu kerana perkara ini tidak pernah pun dikeluarkan secara rasmi oleh KPM,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan pe­runtukan PCG dikurangkan lebih 14 peratus mulai sesi baharu persekolahan 2023/2024.

Tindakan itu menyebabkan guru-guru berdepan kekura­ngan dana untuk merancang program tambahan akademik dan membeli modul peperiksaan bagi murid di semua tingkatan hanya kerana PCG yang ada akan digunakan untuk murid tingkalan lima yang bakal menghadapi peperiksaan utama.

Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata, tahun ini Belanjawan 2023 sedang dibahaskan di Parlimen dan belum diluluskan, jadi KPM dapat mini Bajet.

“Mini Bajet ini kita dapat 50 peratus daripada peruntukan KPM dan memang sudah jadi amalan setiap tahun, peruntukan di awal tahun kita turunkan sebanyak 70 peratus.

“Jadi selepas bajet diluluskan, dengan jajaran bilangan pelajar yang ada pada tahun semasa, maka dikira semula, itu yang akan ditambah untuk menjadikan bantuan PCG mengikut kelayakan yang diperoleh setiap sekolah itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN