Jenayah 'love scam', dua warga asing ditahan di Genting Highlands - Utusan Malaysia

Jenayah ‘love scam’, dua warga asing ditahan di Genting Highlands

ANGGOTA polis (tengah) sedang mengawasi dua suspek aktiviti penipuan 'love scam' yang ditahan bersama peralatan dirampas di Genting Highlands di Bentong, Pahang. - IHSAN POLIS BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan dua warga asing dipercayai terlibat aktiviti penipuan ‘love scam’ dalam serbuan di Genting Highlands di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam operasi serbuan di dua lokasi berasingan pukul 12 tengah hari semalam, polis menahan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 32 dan 37 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kedua-dua suspek tersebut dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan ‘love scam’, dan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah ketika ditahan.

“Polis turut merampas tiga unit komputer riba, tujuh telefon bimbit , sebuah komputer tablet dan sebuah alat wifi routers,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1956/63 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun serta tidak lebih 10 tahun dengan sebatan atau kedua-duanya sekali.

“Sindiket penipuan ‘love scam’ ini menyasarkan golongan wanita yang aktif dalam laman sosial Facebook, Telegram serta aplikasi ‘dating’.

“Orang awam dinasihatkan berhati-hati serta berwaspada dengan corak jenayah komersial yang semakin berleluasa khususnya penipuan ‘love scam’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.