Guna Toyota Vellfire edar rokok seludup - Utusan Malaysia

Guna Toyota Vellfire edar rokok seludup

KAMARUL ZAMAN MAMAT melihat sebahagian rampasan pelbagai jenis rokok berjumlah RM1.7 juta di Pejabat Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bagi mengaburi pihak berkuasa, satu sindiket menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Toyota Vellfire yang diubah suai untuk mengedarkan rokok putih dan kretek seludup.

Walau bagaimanapun, taktik digunakan sindiket yang beroperasi sejak sebulan lalu itu terbongkar apabila tiga lelaki termasuk warga asing diberkas dalam dua serbuan pada pukul 10 pagi di Taman Johor di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 207 kotak besar mengandungi pelbagai jenis rokok seludup dari negara jiran bernilai lebih RM1.5 juta.

“Dalam serbuan pertama, seramai tiga individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara asing  berusia 42 hingga 58 tahun ditahan. 

“Polis turut merampas 81 kotak rokok jenama U2 dan 55 kotak rokok jenama NYX Menthol selain dua kenderaan, iaitu Toyota Vellfire yang diubah suai dan Perodua Myvi,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Tampoi di sini hari ini.

Serbuan kedua dilakukan pada pukul 10.30 pagi di Jalan Sri Pantai, taman berkenaan dan merampas 62 kotak rokok jenama U2 serta dua kotak rokok jenis Re King.

Menurutnya, nilai rampasan semua rokok dalam dua serbuan berkenaan berjumlah RM1,555,848, manakala dua kenderaan itu bernilai RM180,000, keseluruhan rampasan bernilai RM1.7 juta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar serta boleh dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya