ECERDC sasar tarik pelaburan RM3 bilion ke Kelantan

ECERDC sasar tarik pelaburan RM3 bilion ke Kelantan

AHMAD Yakob (kanan) semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan untuk menarik pelaburan berjumlah RM3 bilion ke Kelantan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Baidzawi Che Mat berkata, jumlah itu melibatkan sektor pertanian, perniagaan tani, pembuatan, dan tenaga yang dijangka akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan baharu serta keusahawanan kepada rakyat negeri ini.

“Sehingga Februari lalu (tahun ini), ECERDC telah mencapai pelaburan sebanyak RM1.1 bilion dan saya yakin kita (ECERDC) akan dapat mencapai sasaran pelaburan untuk tahun ini. 

“Saya juga percaya ECERDC akan dapat menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor pertanian ke negeri ini dan mampu menyokong agenda keterjaminan makanan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Baidzawi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya