Banjir di Johor kian pulih, 38,587 mangsa di 123 PPS - Utusan Malaysia

Banjir di Johor kian pulih, 38,587 mangsa di 123 PPS

KEADAAN banjir di Kampung Pogoh, Segamat semakin pulih namun halaman rumah seorang penduduk masih digenangi air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini kini dalam fasa pemulihan apabila jumlah mangsa yang masih menghuni pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 38,587 mangsa daripada 10,747 keluarga yang ditempatkan di 123 PPS) pada pukul 8 berbanding 39,677 di 125 PPS, pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, empat daerah masih terjejas dengan Batu Pahat menempatkan paling ramai mangsa, iaitu 37,827 orang.

“Ini diikuti daerah Muar dengan 504 mangsa, Segamat (193) dan Tangkak (63). Daerah lain yang sebelum ini terjejas telah pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Sementara itu, tiada sungai yang diletakkan di bawah kategori paras air berbahaya, sekali gus menunjukkan trend pemulihan positif.

Kini hanya tujuh laluan dan susur masih ditutup untuk semua jenis kenderaan, antaranya Jalan Parit Haji Ali, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Lingkaran Kahang Barat serta Jalan GSA Chamek. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya