Bah Johor: 2,540 mangsa masih huni 20 PPS - Utusan Malaysia

Bah Johor: 2,540 mangsa masih huni 20 PPS

MANGSA banjir dibantu oleh sukarelawan membersihkan rumah mereka menjelang bulan Ramadan di Chaah, Segamat.

JOHOR BAHRU: Sehari menjelang Ramadan, masih  2,540 mangsa banjir daripada 701 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Batu Pahat, setakat pukul 8 pagi ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah itu berkurangan berbanding seramai 3,086 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam tadi.

“Cuaca yang baik sejak beberapa hari lalu membantu proses pemulihan banjir dengan lebih cepat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini.

Walau bagaimanapun, tiga jalan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat, Jalan GSA Chamek serta Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN