90,000 mohon sambung pengajian di MRSM

90,000 mohon sambung pengajian di MRSM

ASYRAF Wajdi Dusuki (kiri) berswafoto bersama guru dan kakitangan Mara selepas mengadakan perjumpaan bersama warga kerja MRSM Pengkalan Chepa dan Ketua-Ketua Pusat Pentadbiran Mara Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menerima 90,000 permohonan daripada pelajar tingkatan satu dan empat di seluruh negara yang mahu menyambung pengajian di institusi berkenaan.

Pengerusi  Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagaimanapun 55 buah MRSM di seluruh negara hanya mampu menempatkan seramai 7,169 pelajar.

“Kita lihat permohonan yang diterima kali ini sangat ramai. Bagaimanapun, ada pelajar yang menolak permohonan atau tidak datang untuk mendaftar.

“Pada masa yang sama, ada yang tidak layak dan sudah mendapat tawaran di sekolah lain,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama warga kerja MRSM Pengkalan Chepa dan Ketua-Ketua Pusat Pentadbiran Mara Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi memberitahu, Mara akan meneliti rayuan yang diperolehi daripada pelajar mengikut kelayakan sebelum diterima menyambung pengajian di MRSM.

Sementara itu, Asyraf turut meluluskan sejumlah RM300,000 di MRSM Pengkalan Chepa bagi kerja-kerja penambahbaikan bangunan selepas menerima maklumat berkait dengan masalah tersebut.

Katanya, proses berkenaan akan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya