Konsortium E-Mutiara kekal taja pasukan Selangor FC, Kelantan United

Konsortium E-Mutiara kekal taja pasukan Selangor FC, Kelantan United

CHE Ibrahim Che Ismail (kiri) menyerahkan dokumen perjanjian antara Konsortium E-Mutiara Berhad dengan Selangor FC semasa Program Pemasyhuran Kerjasama Strategik Liga Malaysia 2023 di antara Konsortium E-Mutiara Berhad dengan pasukan tersebut di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Konsortium E-Mutiara Berhad kekal menaja pengangkutan Selangor FC dan Kelantan United FC (Kelantan United) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengarah Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kos penajaan pengangkutan itu bas dua tingkat melibatkan nilaian berjumlah RM500,000 setiap pasukan.

“Konsortium E-Mutiara Berhad berharap hubungan kerjasama ini dapat menyuntik semangat bagi kedua-dua pasukan terus melakar kejayaan lebih baik dalam arena bola sepak tempatan.

“Selangor FC dan Kelantan United menunjukkan perkembangan baik pada musim lalu dan kita harap mereka mencapai prestasi lebih baik pada musim ini,” katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Pemasyhuran Kerjasama Strategik Liga M 2023 antara Konsortium E-Mutiara, Selangor FC dan Kelantan United di sini hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, pihaknya turut menyediakan ‘Unit Breakdown’ bagi menangani kerosakan bas di tengah perjalanan yang dilaksanakan oleh tenaga pakar berpengalaman dari Scania.

Katanya, aspek keselesaan dan keselamatan pemain serta pengurusan pasukan turut diberikan keutamaan jika melibatkan jarak perjalanan yang jauh.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya