KUALA LUMPUR: Kedudukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak selamat sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak penjelasan diberikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, ini kerana sebelum ini terdapat laporan daripada ahli UMNO yang meminta RoS meneliti laporan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, sekali gus pertubuhan berkenaan menggesa Setiausaha Agung UMNO untuk memberi penjelasan dalam masa…