Isteri bekas Ahli Parlimen Jempol meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri bekas Ahli Parlimen Jempol meninggal dunia

ALLAHYARHAMAH Datin Seri Fazidah Abdul Rahman meninggal dunia pada pukul 11.28 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Isteri bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd. Salim Mohd. Sharif meninggal dunia akibat penyakit kanser pagi tadi.

Allahyarhamah Datin Seri Fazidah Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.28 pagi tadi.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli menerusi Facebook memaklumkan beliau menzahirkan salam takziah kepada Mohd. Salim dan keluarga di atas pemergian isteri tercinta.

“Saya mendoakan agar roh isteri beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, jenazah telah dimandikan dan dikafankan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM, Kuala Lumpur dan seterusnya dibawa ke rumah keluarga di Seremban 2 dan kemudian disolatkan di Masjid Hussain, Seremban 2 selepas solat Asar.

Mohd. Salim sebelum ini memberitahu, Allahyarhamah isterinya itu berada dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) dan dirawat kerana menghidap kanser darah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya