PETALING JAYA: Pemecatan dan pergantungan beberapa pemimpin UMNO bukan alasan untuk ahli-ahli parti itu berbalah serta berpecah, sebaliknya bertenang dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO. Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, ahli-ahli UMNO perlu konsisten memperjuang agenda parti dan bukannya objektif peribadi sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh melemahkan UMNO. Beliau berkata, keputusan memecat dan menggantung keahlian sebahagian pemimpin bukan keputusan sebelah pihak tetapi UMNO sendiri iaitu menerusi…










