Sertai PH atau PN?

Pejuang sertai PH atau PN?

MUHAMMAD RAFIQUE RASHID ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Membentuk kerjasama dan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Itu antara lima pilihan yang sedang dipertimbang oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) setelah Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memutuskan keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) semasa Perhimpunan Agung parti kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerang­annya, Muhammad Rafique Rashid Ali bagaimanapun berkata, kedua-dua pilihan bergabung itu belum diputuskan dan masih dalam kajian jawatankuasa khas Majlis Eksekutif Pusat Pejuang.

Katanya, pilihan yang lain adalah kekal berada dalam GTA tetapi pilihan itu mendapat tentang daripada para perwakilan negeri.

“Pilihan keempat adalah Pejuang bertanding secara solo atau tidak bertanding langsung dalam pilihan raya negeri (PRN). Tetapi, ini juga belum ada keputusannya.

“Apa yang pasti, pengunduran diri Pejuang bukanlah keputusan yang dibuat oleh individu atau majlis eksekutif, sebaliknya suara akar umbi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kata Muhammad Rafique, pengunduran parti dari Pe­juang setelah kesemua perwakilan negeri bersidang dan usul keluar gabungan dibawa ke perhimpunan agung untuk dibahas dan diluluskan.

“Sebagai parti yang bertunjangkan perlembagaan parti, suara tertinggi adalah daripada perhimpunan agung. Sebab itu kami bersidang dan membuat ketetapan undur diri demi memperkasa parti dan melihat pilihan yang ada,” katanya.

Ditanya mengenai struktur kepimpinan dalam jawatankuasa penaja GTA, beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke Majlis Presiden GTA dan akan mengumumkannya kemudian.

“Cuma, setakat ini, mana-mana ahli bebas membuat apa sahaja. Tetapi pada masa sama kita mempunyai perlembagaan yang menyatakan ada perkara yang akan diperjuang, jadi, kalau anda kekal dengan Pejuang, anda adalah ahli,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN