Gangguan bekalan air 48 jam di Seremban bermula 31 Januari - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air 48 jam di Seremban bermula 31 Januari

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan melakukan penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban dan Kuala Pilah pada 31 Januari sehingga 2 Februari ini.

Syarikat itu menerusi kenyataan memaklumkan, penutupan itu berikutan kerja-kerja penyambungan dan pengalihan paip serta kerja-kerja servis peralatan bervoltan tinggi pada 31 Januari.

Menurut kenyataan itu, penutupan bekalan air selama 48 jam di Seremban itu akan bermula pada pukul 8 pagi, 31 Januari sehingga pukul 8 pagi pada 2 Februari 2023.

Sehubungan itu, jelas kenyataan berkenaan, antara kawasan terlibat yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seluruh kawasan Ampangan, seluruh kawasan Senawang termasuk Paroi, Rasah Jaya, Industri Sungai dan Senawang, Taman Tuanku  Jaafar, Bandar Seremban Selatan dan Seremban Jaya.

Turut terlibat, seluruh kawasan Seremban termasuk Bandar Seremban, Seremban 2, Seremban 3, Mambau, Temiang, Templer, Bukit Kepayang, Oakland, Jalan Labu Batu 1 hingga Batu 13, R&R Seremban Arah Utara dan Selatan, Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Columbia, Hospital KPJ, Hospital Mawar dan NSCMH.

Seluruh Sikamat termasuk Taman Desa Rhu, Kampung Ujung Pasir, Taman Warisan Puteri, Kampung Bukit Merbah serta beberapa kawasan tinggi di Mantin dan Lenggeng seperti Taman Bunga Raya dan Kampung Tarun.

“Ia berikutan kerja-kerja penyambungan paip di Kolam Imbangan Batu 5, Seremban dan kerja-kerja servis dan pembaikan peralatan voltan tinggi di Loji Rawatan Air Sungai Terip, Seremban,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, di Kuala Pilah, kawasan terlibat dengan gangguan bermula 8 pagi 31 Januari hingga 8 pagi 1 Februari 2023 itu adalah pekan Senaling, Kampung Maasop, Taman Pilah Senaling, Kampung Batang Pilah, Kampung Sri Pilah, Kampung Ulu Pilah, Kampung Sikai, Kampung Gunung Pasir, dan Kampung Ulu Senaling.

Turut terlibat Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Taman Bahagia Delima, Taman Bukit Intan, Taman Selasih, Kampung Batu 46, Sekolah Zaaba, Sekolah Tunku Kursiah, Taman Pendita, Kampung Bukit Temensu dan Kampung Sungai Layang.

“Penutupan sementara ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip S-Bend jenis MS berdiameter 750 milimeter di Kampung Bemban, Kuala Pilah,” kata kenyataan itu lagi.

Sains dalam pada itu memaklumkan, penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik merupakan langkah kontigensi yang akan dilaksanakan sekiranya gangguan bekalan air melebihi tempoh penutupan.

“Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama. 

“Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan secara berterusan,” kata kenyataan itu lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya