Van Gaal ada 'perangkap' sekat Messi

Van Gaal ada ‘perangkap’ sekat Messi

Belanda mendakwa mempunyai cara menyekat Lionel Messi dalam pertemuan suku akhir Piala Dunia, Sabtu ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Belanda miliki ramuan untuk ‘menggari’ pergerakan Lionel Messi menjelang pertembungan menentang Argentina dalam suku akhir, awal pagi Sabtu.

Pengendalinya, Louis Van Gaal mengakui Messi adalah ‘kunci’ kepada kejayaan Argentina dan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah meledak tiga gol daripada empat perlawanan di Qatar.

“Messi adalah pemain yang berbahaya dan kreatif, dia mampu mencipta peluang dan menjaringkan gol tetapi apabila mereka kehilangan bola dia tidak terlalu membantu pasukannya.

“Kita akan gunakan peluang itu sebaik mungkin. Untuk tahu taktikal apa yang bakal digunakan anda (wartawan) perlu lihat pada hari perlawanan, saya tidak boleh beritahu di sini,” katanya.

Kali terakhir Belanda berdepan Argentina pada separuh akhir Piala Dunia 2014 yang menyaksikan skuad yang turut dibimbing Van Gaal ketika itu tewas pada penentuan sepakan penalti.

Bagi bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Frenkie de Jong berkata, sebenarnya untuk menyekat pemenang Anugerah Ballon d’Or tujuh kali tidak boleh hanya menggunakan satu cara sahaja.

“Sebenarnya tiada (cara menyekat Messi). Saya mengenali Messi tetapi tidak tahu cara menghentikannya. Sepanjang 15 tahun dia bermain, sukar untuk mana-mana pemain menghalangnya.

“Jadi kami perlu menghalangnya sebagai satu pasukan bukan individu. Saya dan Messi tidak menghantar mesej antara satu sama lain, kami akan berjumpa di atas padang,” ujar de Jong.

Sementara itu, kapten Oranje, Virgil van Dijk akan menjadi individu utama untuk menghalang Messi daripada bergerak bebas di atas padang.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bermain menentangnya. Bukan saya menentangnya, atau Belanda menentangnya, tetapi Belanda menentang Argentina.

“Tiada siapa boleh melakukannya sendiri, kami perlu membuat perancangan yang baik. Perkara yang sukar mengenainya ialah apabila kami menyerang, dia akan bersedia menerima bola untuk melakukan serangan balas pantas,” jelasnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya