Ujian terbesar buat England

Ujian terbesar buat England

PENYERANG England, Bukayo Saka menjadi sandaran untuk merobek gawang Perancis dalam aksi suku akhir Piala Dunia, Ahad ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Gareth Southgate mengakui England akan menghadapi ‘ujian terbesar’ terhadap cita-cita di Piala Dunia apabila menentang penyandang juara Perancis dalam aksi suku akhir, awal pagi Ahad.

Skuad Southgate pulih daripada permulaan yang gugup sebelum menang 3-0 menentang Senegal dalam pertembungan 16 terakhir Ahad di Stadium Al Bayt.

England akan kembali beraksi hujung minggu ini untuk perlawanan hebat dengan Perancis kini berhasrat menjadi pasukan pertama memenangi Piala Dunia berturut-turut sejak Brazil pada 1958 dan 1962.

Sejak menewaskan Jerman Barat pada final Piala Dunia 1966 untuk meraih gelaran tunggal mereka dalam sejarah, England tewas semua aksi kalah mati Pia­la Dunia berdepan negara yang pernah merangkul trofi paling terkenal itu.

Walaupun England kelihatan mengagumkan sebaik Jordan Henderson meletakkan mereka di hadapan menentang Senegal, dengan Harry Kane dan Bukayo Saka turut menjaringkan gol menentang juara Afrika itu, Southgate tahu pasukan Didier Deschamps adalah satu peningkatan yang ketara dalam kelas.

“Ia adalah ujian terbesar yang kami hadapi. Mereka adalah juara dunia, dengan bakat yang luar biasa dan pemain yang cemerlang sangat sukar menentang mereka dan menja­ringkan gol.

“Ia satu cabaran yang hebat, saingan bersejarah dengan perlawanan yang hebat dari masa lalu. Ia adalah permainan yang cemerlang untuk kami terlibat dan menguji diri menentang yang terbaik,” jelas Southgate.

Didorong oleh penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe, Perancis menewaskan Poland 3-1 dalam 16 terakhir, hanya beberapa jam sebelum England menyertai mereka.

Mbappe menjaringkan dua gol ketika menentang Poland dan sudah mempunyai lima gol dalam kejohanan tahun ini.

Tambah Southgate, Mbappe adalah pemain bertaraf dunia dan sudah pun menyampaikan detik-detik besar dalam kejohanan ini dan sebelumnya

“Antoine Griezmann juga luar biasa, kami sangat mengenali Olivier Giroud dan mereka juga mempunyai pemain tengah yang cemerlang. Ia adalah ujian yang besar tetapi satu yang sangat kami nantikan,” ujarnya.

Kapten England, Harry Kane bersetuju dengan penilaian Southgate terhadap Perancis dengan menyifatkan ia akan menjadi malam yang sukar.

“Perancis pasukan yang hebat. Mereka juara bertahan.

“Jika anda mahu memenangi Piala Dunia, anda perlu bermain pasukan terbaik di dunia dan Perancis pastinya salah seorang daripada mereka,” kata­nya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya