Ronaldo letak Portugal dalam dilema

Ronaldo letak Portugal dalam dilema

Portugal masih berteka-teki untuk membariskan Cristiano Ronaldo menentang Switzerland ekoran prestasi menurun pemain itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali pasukan Portugal, Fernando Santos dalam dilema untuk menurunkan pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo atau sebaliknya menjelang pertemuan getir menentang Switzerland dalam saingan kalah mati.

Ia susulan prestasi pemain berusia 37 tahun itu dikritik hebat dalam Piala Dunia kali ini, tambahan tidak memberikan kesan terhadap jentera serangan pasukan itu.

Santos mempunyai beberapa pilihan pemain lain di jentera serangan yang jauh lebih muda antaranya Rafael Leao, Joao Felix, Goncalo Guede serta Ricardo Horta, yang tidak banyak diberikan peluang beraksi gara-gara dibayangi Ronaldo.

Ketika ini, Santos sudah pun kehilangan Nuno Mendes sepanjang kejohanan ini kerana mengalami kecederaan paha ketika menentang Uruguay minggu lalu manakala status dua lagi pemain Danilo dan Otavio masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan rekod perlawanan antara Portugal dan Switzerland, kedua-dua pasukan kelihatan seimbang apabila masing masing pernah menca­tatkan kemenangan ketika bertemu dalam aksi Liga Negara-Negara tahun ini.

Portugal berjaya membelasah Switzerland 4-0 ketika melayan kunjugan pasukan itu di Lisbon pada 5 Jun, dan kemudiannya Switzerland membalas kembali apabila melakar kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Haris Seferovic ketika berentap di Geneva pada 12 Jun.

Empat tahun lalu di Russia, impian Portugal untuk mara ke suku akhir diranapkan Uruguay dengan keputusan 1-2 hasil jaringan daripada Edison Cavani.

Kali terakhir Portugal berjaya mara melepasi suku akhir adalah ketika edisi 2006 di Jerman apabila mengakhiri saingan di kedudukan keempat selepas tewas kepada tuan rumah dengan keputusan 1-3. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya