Portugal perlukan sentuhan Ronaldo

Portugal perlukan sentuhan Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo (kiri) duduk di bangku simpanan pemain selepas tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Portugal menentang Switzerland dalam saingan 16 terakhir Piala Duna, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengendali Portugal, Fernando Santos menegaskan pemilik enam anugerah Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo masih merupakan watak penting dalam barisan kesebelasan utama menentang Maghribi pada suku akhir hari ini.

Santos berkata, hubungannya dengan pemain berusia 37 tahun itu masih kuat dan beliau akan menjadi antara pilihan diletakkan semasa menghadapi kejutan bakal dibawa oleh The Atlas Lions.

“Saya mempunyai hubungan rapat dengan Ronaldo. Sejak berumur 19 tahun saya sudah mengena­linya dan kemudian dia menyertai pasukan kebangsaan untuk mengasah bakatnya semasa saya sebagai pengendali 2014.

“Ronaldo dan saya tidak pernah berselisih faham. Saya sering menganggap dia adalah pemain penting dalam pasukan,” katanya.

Sebelum ini, Santos merehatkan Ronaldo selaku ketua pasukan dan pemain paling berpengaruh ketika menentang Switzerland pada pusingan 16 terbaik.

Ronaldo yang kini merupakan ejen bebas selepas ditamatkan kontrak oleh Manchester United beberapa hari sebelum berlangsung Piala Dunia didakwa digantikan kerana Santos berang dengan tindakannya semasa menentang Korea Selatan dalam saingan terakhir kumpulan.

Mengulas lanjut, Santos ber­kata, setiap pemain mempunyai kele­bihan tersendiri untuk disesuaikan mengikut strategi semasa perlawanan yang sentiasa berubah-ubah, namun tiada pemain akan disisirkan.

“Andre Silva adalah pemain yang hebat kerana permainannya lebih ke depan. Cristiano pula le­bih fokus untuk bergerak ke dalam kotak penalti. Sementara Goncalo Ramos mempunyai corak permainan berbeza dengan pemain lain.

“Dia sangat dinamik dan perlawanan lepas dia telah tunjukkan kepada kita, tiada perkara baharu. Dia sudah bermain untuk dua perlawanan tetapi Andre bermain untuk perlawanan sebelum ini. Saya ada tiga pemain yang saya percaya, setiap perlawanan saya akan guna mereka mengikut strategi.

“Ini termasuk Ronaldo dan semua pemain lain di bawah kendalian saya. Sekiranya salah seorang pemain tidak bermain untuk ke­sebelasan utama mereka boleh bermain kemudian,” katanya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya