Perancis persoal pengadil

Perancis persoal pengadil

Antoine Griezmann menjaringkan gol untuk Perancis tetapi jaringan itu dibatalkan kemudiannya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Perancis membuat aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai jaringan Antoine Griezmann menentang Tunisia yang dibatalkan oleh pengadil selepas menyemak keputusan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR).

Griezmann melakukan cubaan pada minit ke-98 melalui sepakan voli untuk menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun pengadil mem­­­batalkan jaringan tersebut apabila mendapati ketika Aurelien Tchoua­meni membuat hantaran ke dalam kotak pe­nalti, pe­nyerang Atletico Madrid berada dalam posisi ofsaid.

Bola hantaran Tchouameni ter­kena pemain pertahanan Tunisia sebelum melantun semula ke Griezmann yang membolehkannya melakukan cubaan me­nyamakan kedudukan dalam perlawanan terakhir mereka da­lam Kumpulan D.

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) berkata, mereka membuat aduan kepada FIFA sebaik sahaja gol daripada pe­nyerang itu dibatalkan.

“Pada pendapat kami, ia salah. Aduan ini perlu dilakukan dalam jangka masa 24 jam selepas wisel penamat dibunyikan,” katanya menerusi kenyataan.

Les Bleus yang mara ke pusi­ngan 16 akhir berang apabila jaringan pemain berusia 31 tahun itu dinafikan sehingga menyaksikan Tunisia menang.

Perancis menghadapi aksi kalah mati menentang Poland pada Ahad ini. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya