Penentuan penalti sangat kejam – Busquets

Penentuan penalti sangat kejam – Busquets

Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou (kiri) tersenyum ketika melepasi pemain tengah Sepanyol, Sergio Busquets yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kekalahan Sepanyol kepada Maghribi menerusi penentuan sepakan penalti adalah cara yang sangat kejam, kata pemain tengah La Roja, Sergio Busquets.

Lebih malang, sepakan Busquets turut dinafikan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, malah tiga cubaan juara Piala Dunia edisi 2010 gagal merobek gawang lawan.

“Malang sungguh nasib kami. Penentuan keputusan melalui penalti sangat kejam. Kami sedar perlawanan ini mencabar. Kami sudah berusaha sedaya upaya untuk mengalahkan mereka (Maghribi). Kami kucar-kacirkan pertahanan mereka dan mencari ruang untuk menjaringkan gol tetapi kami tidak bernasib baik,” katanya.

Pada Kejohanan Euro 2020, Sepanyol turut disingkirkan Itali menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, menurut Bus­quets, 34, kekalahan itu tidak melemahkan semangatnya atau mendorong untuk bersara daripada tugasan antarabangsa.

“Yang penting ialah masa depan pasukan kebangsaan dan bukan saya. Saya tahu perlawanan semalam sangat sukar sehingga menyebabkan kami dipaksa bekerja keras.

Namun, ia satu pengalaman yang berharga terutama kepada pemain-pemain muda dalam skuad ini,” kata pemain Barcelona itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya