Naik bot dan sampan, tunai solat Jumaat

Naik bot, dayung sampan tunai solat Jumaat

PENDUDUK kampung mengunakan bot untuk pergi menunaikan solat jumaat di Masjid Ittihadi Mukim Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Demi kewajipan, kariah Masjid Mukim Kubang Sawa, Pengkalan Kubor di sini, sanggup meredah dengan menaiki bot atau mendayung semata-mata menunaikan solat Jumaat selepas kawasan kampung mereka ditenggelami air sejak Isnin lalu.

Situasi itu sudah menjadi rutin penduduk dari tiga buah kampung di mukim berkenaan iaitu Kampung Kubang Sawa, Kuala Jambu dan Naga Ibu sejak 40 tahun lalu setiap kali kawasan itu ditenggelami banjir akibat limpahan air Sungai Golok.

Imam Tua Masjid Ittihadi Mukim Kubang Sawa , Muhamad Saidi Yunus berkata, ini merupakan banjir kali kedua pada tahun ini selepas Mac lalu yang
menyebabkan pekarangan masjid dinaiki air.

Menurutnya, susulan itu jemaah dari tiga kampung terlibat perlu menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah, hari ini jemaahnya melebihi 40 orang dan solat Jumaat dapat dilakukan dengan sempurnakan walaupun kawasan masjid ditenggelami air.

“Mujur air tidak melimpah ke dalam masjid, walaupun ada beberapa inci sahaja untuk masuk,” katanya ditemui pemberita di sini hari ini.

 

Solat Jumaat diimamkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Roslan Wan Hamat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor.

Muhamad Saidi memberitahu, kebiasaan seramai 200 jemaah akan menunaikan solat Jumaat, namun hari ini hanya 60 orang sahaja kerana yang lain terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS).

Sementara itu, penduduk Kampung Kuala Jambu, Mohd. Nazri Mohd Nawi, 40, berkata, bot menjadi nadi utama pengangkutan mereka selepas laluan darat ditenggelami air.

Katanya, kawasan kampung bagaikan ‘lautan’ selepas ditenggelami banjir sedalam tiga meter.

“Walau pun terpaksa menaiki bot dan meredah banjir, kami tetap datang solat Jumaat seperti biasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya