LRA henti tugas, 472 kawasan terjejas bekalan air - Utusan Malaysia

LRA henti tugas, 472 kawasan terjejas bekalan air

Gangguan bekalan air
SETIAP seorang penduduk Lembah Klang dilaporkan membazir 57 liter air setiap hari. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dianggarkan lebih sejuta penduduk di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka bermula sejak pukul 7 pagi tadi berikutan pencemaran bau dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Pencemaran tersebut dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir menyebabkan henti tugas di LRA berkenaan dihenti tugas.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam maklumannya memberitahu beberapa daerah terjejas seperti Petaling, Kuala Langat, Putrajaya dan Sepang.

“Di Sepang, sebanyak 196 kawasan, daerah lain Petaling iaitu sebanyak 172 kawasan diikuti Hulu Langat (54). Manakala, daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 27 kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut mengenai insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium terutama media massa.

Para pengguna boleh merujuk di saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. 

Sebarang pertanyaan dan aduan turut boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Dalam kenyataan sama Air Selangor turut memaklumkan sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.    

Para pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan menyimpan air secukupnya sehingga bekalan  air dapat disalurkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.