Lelaki raih RM2,000 tiap kali menyamun

Lelaki raih RM2,000 tiap kali menyamun

SEBAHAGIAN motosikal serta pelbagai komponen yang berjaya dirampas polis selepas menumpaskan dua geng curi motor yang aktif di Ampang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Akibat terdesak, seorang lelaki sanggup menyamun untuk mencari duit dengan cara mudah. 

Kegiatan suspek berusia 26 tahun itu bagaimanapun tumpas selepas dia ditahan di Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia melakukan lapan kes samun di sekitar Cheras dan Ampang dengan meraih pendapatan RM2,000 setiap kali melakukan jenayah itu.

Kata beliau, kejadian terbaharu membabitkan laporan diterima daripada juruwang kedai serbaneka yang disamun kira-kira pukul 9 pagi hari suspek diberkas.

“Suspek pada awalnya berpura-pura membeli rokok, selepas membuat pembayaran suspek melompat masuk ke kawasan kaunter lalu mencuri duit sebanyak RM150 serta rokok sambil mengacukan pisau.

“Bertindak atas maklumat, suspek kemudiannya ditahan kira-kira pukul 8.30 malam oleh pegawai dan anggota bahagian jenayah yang membuat serbuan di bilik sewanya di Ampang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata Mohamad Farouk, hasil serbuan itu berjaya merampas pakaian, rokok, wang tunai, topi keledar yang dipakai semasa samun.

Kata beliau, turut dirampas iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 bewarna hijau.

“Suspek merupakan penganggur dan menjadikan samun kedai serbaneka bersenjatakan pisau bersendirian sebagai sumber pendapatan seharian dan membeli dadah sejak sebulan lalu.

“Hasil soal siasat mendapati suspek sudah melakukan tiga samun di Cheras dan lima di kawasan Ampang,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Mohamad Farouk, ujian air kencing mendapati positif methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga esok,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya