Korea Selatan resah tanpa jurulatih

Korea Selatan resah tanpa jurulatih

SON Heung-min (bertopeng) menjalani latihan bersama skuad Korea Selatan di Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kapten Korea Selatan, Son Heung Min berkata, ketiadaan jurulatihnya, Paulo Bento yang menjalani hukuman digantung perlawanan bertemu Portugal hari ini merupakan situasi yang tidak baik.

Bento tidak akan berada di bangku simpanan semasa pasukan kendaliannya itu menentang negara kelahirannya, Portugal, menambah tekanan apabila skuad dari Asia itu memerlukan kemenangan untuk melayakkan mereka ke pusingan 16 terakhir.

Jurulatih berbangsa Portugis itu dilayangkan kad merah selepas dia memaki hamun pengadil Anthony Taylor berikutan kekalahan pasukannya 2-3 kepada Ghana, dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City, Isnin lalu.

Bento menyerbu ke padang dan berdepan dengan pengadil bagi mempertikai keputusan tidak membenarkan pasukannya mengambil sepakan sudut pada saat akhir.

“(Ketiadaan Jurulatih Bento) bukanlah situasi yang baik sebagai sebuah pasukan,” kata Son Heung Min selepas tewas kepada Ghana.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea, Lee Young Pyo turut memahami keadaan itu dan menegaskan bahawa memang akan berlaku kes yang mana jurulatih tidak berada di bangku simpanan semasa perlawana.

“Saya fikir pemain kami akan dapat bermain sambil mengatasi tekanan kerana tidak dapat duduk di bangku simpanan. Sudah tentu, ini adalah situasi yang tidak baik untuk kami.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk buat persediaan perlawanan terakhir kerana pemain tahu bahawa jurulatih sentiasa bersama kami di mana sahaja dia berada,” kata Lee Kang In. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya