fbpx

Korea Selatan mulakan perang psikologi

Pemain Korea Selatan berlatih menjelang pertemuan menentang Brazil dalam saingan kalah mati Piala Dunia, Rabu ini. - AFP

DOHA: Son Heung-Min mula memainkan perang psikologi dengan melaungkan amaran awal menjelang pertembu­ngan Korea Selatan berdepan Brazil selepas mendakwa pasukannya mempunyai ‘jaringan lebih tinggi’ untuk me­langkah ke pusingan 16 berbanding lawan.

Korea Selatan me­nempah tempat ke pusi­ngan kalah mati selepas menewaskan Portugal 2-1, hasil sentuhan Hwang Hee-Chan dalam masa kecederaan.

Son berkata, mulanya dia berfikir ia akan menjadi perlawanan yang sukar.

“Ia benar-benar sukar tetapi pemain kami tidak berputus asa dan kami bekerja keras. Kami mela­kukannya dengan baik dan saya bangga rakan sepasukan, mereka me­lakukannya dengan baik.

“Melangkah ke pusi­ngan 16 adalah matlamat kami dan kini kami mempunyai matlamat yang lebih tinggi, melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

“Tiada siapa yang tahu dunia bola sepak, terutamanya sekarang, dan memandangkan kami mem­punyai peluang untuk menewaskan Brazil, kami akan melakukan yang terbaik dan menyediakan permainan terbaik kami,” ujar pemain ber­kenaan.

Walaupun penyerang Spurs itu kekal yakin, tugas yang bakal dihadapi pasukan tetap sukar, memandangkan mereka pernah dibelasah 5-1 oleh Selecao dalam perlawanan persahabatan musim panas tahun ini.

Bekas jurulatih kelab­nya, Spurs­, Mauricio Pochettino, berkata, untuk mempunyai pemain seperti Son di atas padang, ia bukan permainan terbaiknya tetapi dia terlibat tepat pada penghujung apabila ia penting. – Agensi/UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN