Keluarga asnaf di Selangor meningkat 157,000 tahun 2030 - Utusan Malaysia

Keluarga asnaf di Selangor meningkat 157,000 tahun 2030

Anugerah Asnaf Selangor
MOHD. Sabirin Mohd. Sarbini (duduk, dua kiri) dan tetamu bergambar bersama para penerima anugerah daripada Lembaga Zakat Selangor pada Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang malam tadi di, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dianggarkan jumlah individu miskin di negeri ini dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya setengah juta orang termasuk isi rumah apabila sebanyak 157,000 keluarga asnaf diramal menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjelang 2030.

Jumlah tersebut dikatakan meningkat lebih dua kali ganda pada tujuh tahun lagi berbanding sekarang iaitu kira-kira 60,000 keluarga asnaf fakir dan miskin serta 6,000 mualaf sedang disantuni institusi kutipan zakat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, analisis tersebut diperoleh berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan yang menjangkakan peningkatan jumlah keluarga asnaf di negeri ini pada tahun 2030 nanti.

“Melihat kepada jangkaan tren peningkatan asnaf itu, LZS telah memulakan pelbagai inisiatif baik dari segi kutipan mahupun agihan zakat bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang di Hotel Mardhiyah malam tadi.

Jelasnya, LZS turut melaksanakan program pembangunan asnaf fakir dan miskin bagi membantu mereka berdikari sehingga mampu menjadi penyumbang semula kepada kitaran kutipan zakat, selaras dengan falsafah 

“Dari Mustahiq (Penerima) Kepada Muzakki (Pengeluar Zakat). LZS akan meneruskan usaha mengeluarkan sebanyak 4,000 asnaf melalui peningkatan pendapatan.

“Kita juga akan meningkatkan usaha untuk mengenal pasti pelajar yang keciciran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disebabkan oleh pelbagai faktor melalui program TVET dan program latihan kemahiran kerjaya,” ujarnya.

Pada majlis tersebut juga, seramai 65 asnaf menerima anugerah asnaf cemerlang dalam peperiksaan utama iaitu SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Selain itu, anugerah kecemerlangan turut diberikan kepada usahawan asnaf yang dipilih berdasarkan kepada kesungguhan dan daya saing menjana pendapatan melalui perniagaan hingga keluar daripada kategori asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya