Brazil simpan kuku jumpa Cameroon

Brazil simpan kuku jumpa Cameroon

Jurulatih Brazil, Tite memantau latihan anak-anak buahnya di Doha, semalam menjelang pertemuan menentang Cameroon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Brazil, Tite dijangka merehatkan beberapa pemain utama menentang Cameroon bagi memboleh mereka berehat untuk saingan kalah mati selepas ini.

Brazil yang sudah menem­pah tempat untuk pusingan seterusnya dengan dua kemenangan sebelum ini memboleh­kan mereka merehatkan pemain-pemain utama sementara menunggu bintang-bintangnya, Neymar, Alex Sandro dan Danilo pulih daripada kecederaan.

Rombakan tersebut berkemungkinan akan membolehkan pemain baharu Brazil, Rodrygo dan Gabriel Martinelli memperoleh pengalaman bermain dalam Piala Dunia melalui penurunan pertama mereka menentang The Indomitable Lions.

Ketika ini Brazil kehilangan tiga pemain tonggaknya iaitu Alex Sandro, Neymar dan Danilo kerana mengalami kecede­raan semasa menentang dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar setakat ini tidak memberi jangka masa tepat untuk pemain-pemain tersebut kembali menyertai pasukan mereka.

Malah, turut dilaporkan bahawa sebahagian daripada pemain Brazil sakit sejak Ahad lalu termasuk pemain tengah, Lucas Paqueta yang tidak menghadiri sesi latihan dan diletakkan sebagai pemain simpanan.

Cameroon yang turut mempunyai peluang ke peringkat kalah mati itu juga dijangka akan menghadapi kesukaran menentang Brazil. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya