Brazil sentiasa menakutkan - Croatia

Brazil sentiasa menakutkan – Croatia

DALIC berjaya membawa pasukannya memenangi tempat ketiga Piala Dunia 2022 di Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Jurulatih Croatia menggelar Brazil skuad yang menakutkan dan pasukannya lebih gemar memilih sebagai underdog menjelang pertemuan suku akhir Piala Dunia 2022.

Croatia yang menjadi naib juara Piala Dunia 2018 mara ke suku akhir selepas menang penentuan sepakan penalti menentang Jepun.

Zlatko Dalic mengakui berbangga dengan pencapaian pasukannya setakat ini walaupun sedar mereka bakal berdepan dengan Brazil dengan jangkaan cabaran yang jauh berbeza dan sangat sukar.

“Brazil mempunyai populasi penduduk 200 juta dan kami hanya 40 juta. Jadi kami iarat sebuah pekan yang kecil sahaja. Perlawanan menentang Brazil tentunya berbeza berbanding menentang pasukan lain sebelum ini. Semua orang tahu tahap bola sepak Brazil.

“Kami realistik terhadap perlawanan ini nanti kerana mereka adalah pasukan terbaik dalam kejohanan ini. Mereka mempunyai ramai pemain hebat, skuad yang hebat. Ini menakutkan kami tetapi pada masa sama satu ujian yang bagus,” katanya

Menurut Dalic, Croatia akan memberi sepenuh tentangan dan tidak akan mengalah sehingga wisel penamat.

Katanya, Croatia telah melakukan perubahan terhadap skuad dan hanya mengekalkan beberapa nama veteran termasuk kapten, Luka Modric dan Ivan Perisic.

Jelasnya, generasi baharu dalam skuad sekarang tidak boleh disamakan dengan pasukan yang tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir di Russia empat tahun lalu kerana kebanyakan mereka beraksi dalam kelab-kelab elit di Eropah.

“Banyak yang kami pelajari sejak mendapat pingat perak pada 2018 dan gangsa pada 1998. Dan ini adalah peluang yang ketiga untuk kami mencari keputusan terbaik di Piala Dunia.

“Cuba anda bandingkan dengan pasukan 2018. Sangat berbeza. Pemain-pemain Croatia kali ini banyak beraksi bersama kelab Barcelona, Inter Milan, Juventus, Liverpool dan Real Madrid.

“Malah, kami ada enam pemain yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu Croatia. Sebab itu saya katanya skuad kali ini berbeza. Mereka sangat hebat. Saya hormati mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Brazil mara selepas membenam Korea Selatan 4-1, namun Dalic beranggapan ia bukan satu masalah besar buat mereka.

“Brazil pasukan pilihan. Mereka sangat hebat dan mereka memiliki pemain bertaraf dunia terutamanya Neymar yang telah pulih daripada kecederaan,” ujarnya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya