Wanita parah, kereta dipandu bertembung treler

Wanita parah, kereta dipandu bertembung treler

KEADAAN kereta jenis Proton Wira yang remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 27, Jalan Seremban Tampin, dekat Kampung Batu Nunggul, Rembau, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dipandunya bertembung sebuah treler di Kilometer 27, Jalan Seremban Tampin, dekat Kampung Batu Nunggul, di sini, pukul 5.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, nahas berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Wira dari arah Tampin menghala ke Seremban, manakala treler jenis Nissan pula dari arah bertentangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta iaitu wanita berusia 48 tahun cuba memotong kenderaan di hadapannya iaitu di laluan garisan berkembar tetapi tidak berjaya dan bertembung dengan treler di laluan bertentangan.

“Pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tangan kanan dan kiri, manakala pemandu treler iaitu lelaki berusia 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Kota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit menggunakan alat pemotong khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya