Ucapan berbaur fitnah,  PH tuntut Razman mohon maaf

Ucapan berbaur fitnah, PH tuntut Razman mohon maaf

SITI Aishah Shaikh Ismail (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Razman Zakaria di IPD Kerian di Bagan Serai hari ini.- UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI:  Pakatan Harapan (PH) memberi tempoh 24 jam kepada Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria untuk memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan mahkamah kerana ucapan berbaur fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15, semalam.

Calon PH di Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Shaikh Ismail berkata, Razman perlu membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas ucapan berbaur  fitnah terhadap Pengerusi PH itu.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat terhadap Razman  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini  tengah hari tadi.

“Kita beri masa 24 jam untuk beliau melakukan permohonan maaf atau berdepan tindakan mahkamah.

“Kita tunggu permohonan maaf daripada beliau.

“Kita juga menuntut Menteri Agama (Datuk Idris Ahmad) memberi jawapan dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Kerian di sini pada pukul 12.50 tengah hari  tadi.

Dalam ceramah di Tebuk Panchor petang semalam, Razman yang juga penyandang kerusi DUN Gunong Semanggol antara lain dikatakan mendakwa UMNO dan PH akan bekerjasama selepas PRU15. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.