Pertemuan AS, Iran bukan isu politik

Pertemuan AS, Iran bukan isu politik

PEMAIN Iran berkumpul selepas menjalani latihan di Doha, semalam menjelang aksi menentang AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas 24 tahun, pertemuan Iran menentang Amerika Syarikat (AS) boleh dianggap sebagai ‘ibu segala perlawanan’ dalam usaha mencari tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022.

Kedua-dua negara yang bermusuhan sejak sekian lama ekoran ideologi yang berbeza akan bertemu menentukan nasib masing-masing.

Jurulatih AS, Gregg Berhalter tidak mahu perlawanan itu nanti dianggap membawa bayangan politik.

“Saya tahu perlawanan ini ‘panas’, namun kedud-dua pasukan mahu mara ke pusingan seterusnya, bukan kerana politik atau hubungan dingin kedua-dua negara ini.

“Kami adalah pemain bola sepak dan tidak lebih daripada itu,” kata Berhalter.

Malah, Berhalter mahu isu politik diketepikan dan tidak bijak untuk diperkatakan dalam kejohanan itu.

Sementara itu, jurulatih Iran, Jalal Talebi dan pemain pertahanannya, Mohammad Khakpour bersetuju rakyat Iran telah banyak berkorban emosi menyaksikan aksi mereka sepanjang saingan Piala Dunia.

“Perlawanan ini amat penting bagi kami. Kami telah melalui sejarah yang panjang. Ini termasuk kehilangan nyawa dalam perang Iran-Iraq,” kata Talebi dalam satu temu bual pada 2018.

Malah, jurulatih skuad AS pada Piala Dunia 1988, Steve Sampson sebelum ini mahu agenda politik diketepikan dalam kejohanan ini.

“Kami telah meminta FIFA dan bola sepak AS dan penganjur (Perancis) untuk tumpu kepada bola sepak dan bukan soal politik,” kata Sampson yang dipetik dalam majalah Times. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya